Card image cap
Virtual Showroom Virtual Office

Nuha Kids Care Centre

55, Jalan Puncak Saujana 5/2D,Taman Puncak Saujana,43000,Kajang,Selangor
https://nuhakids.com/
011-59455552
infonuhacare@gmail.com

Sejarah Penubuhan

Nuha Kids ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Puan Nurul Sheriena Musa yang merupakan seorang Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist). Pada mulanya atas dasar minat yang sangat mendalam terhadap memberi Pendidikan Terapi, beliau mengambil langkah untuk memulakan sesi terapi rumah ke rumah di Melaka di mana beliau pulang ke Melaka setiap minggu semasa bertugas sebagai Pensyarah Junior di sebuah Kolej Universiti. Setelah hampir dua tahun, beliau mula berkhidmat di sebuah Sekolah Swasta. Beliau masih meneruskan khidmat terapi beliau di hujung minggu.

Setelah hampir lima tahun berkhidmat di sektor swasta beliau menubuhkan Nuha Kids atas permintaan ibu bapa sekitar Kajang pada tahun 2015 dengan membuka Program Klinik. Sambutan untuk Program Terapi beliau mendapat sambutan sehingga ibu bapa meminta beliau untuk menawarkan Program Sekolah untuk anak-anak bekeperluan Khas. Nuha kids menawarkan khimat Sekolah Swasta Pendidikan Khas di bawah Program Nuha Kids Care dan Sekolah Pra-Sekolah Swasta di bawah Program Nuha Play Lab. Selain itu Nuha Kids mewujudkan sebuah platform untuk Ibubapa dan pendidik mendapatkan Barang Mainan Stimulasi Awal di Kitz @ Nuha. Selain itu Nuha Kids percaya bahawa Ibu Bapa merupakan guru pertama anak di mana latihan berupa bengkel dan sesi perkongsian bersama terapis.

 

Modul Utama Nuha

  • Main & Meneroka (2M)

2M yang pertama adalah asas kepada perkembangan Sensori dan Refleks dimana ketika aktiviti Main & Meneroka , setiap anak diberi peluang untuk bergerak sebanyak mungkin mengikut keperluan & kehendak mereka. Adaptasi diberikan kepada mereka bagi membantu mereka Main & Meneroka di dalam sempadan yang ditetapkan. Selain itu perkembangan lain seperti Kemahiran Motor Kasar , Motor Halus , Persepsi Visual turut diberi rangsangan melalui aktiviti Main & Meneroka yang disediakan.

  • Moral & Mengaji (2M)

Dewasa ini ramai anak-anak menghadapi isu untuk memahami nilai-nilai murni serta mengaplikasikan di dalam kehidupan harian. Ramai juga anak-anak yang masih tidak dapat mengawal tingkah laku dengan teknik positif. Perkembangan 2M yang seterusnya adalah kepada connection melalui aktiviti Moral & Mengaji. Aktiviti-aktivti yang lebih berfokuskan regulasi emosi dan tingkah laku positif akan dapat membantu mematangkan otak limbik yang mengawal tingkah laku, memori dan juga tabiat seseorang. Stimulasi ini amat penting diberi seawal umur 1 sehingga 5 tahun yang membentuk personaliti seseorang.

  • Menulis, Mengira, Membaca (3M)

Menjadi harapan setiap ibu bapa anak-anak sukses di dalam akademik. Rangsangan seterusnya yang menfokuskan rangsangan ke bahagian neurokorteks di mana rangsangan akademik dan kognitif diberi bagi membantu pelajar Menulis , Mengira , Membaca serta lebih berdikari di dalam kehidupan seharian. Perkembangan 3M pelajar akan lebih lancar sekiranya bahagian Otak asas telah diberi rangsangan awalan.

 

 

Cartsini | Virtual Biz

CONTACT US
Phone
03-4265 0922
Email
support@digitaldagang.com



D-0-7, Setiawangsa Business Suite,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur