Card image cap
Virtual Showroom Virtual Office

Hospital Islam Az-Zahrah

34, Jalan Medan Pb 1,Seksyen 9,43650,Bandar Baru Bangi,Selangor
https://azzahrah.my/
03-8921 2525
nfo@azzahrah.my

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) juga menekankan hospital sebagai institusi perubatan yang melaksanakan Islam secara praktikal bagi mendekatkan manusia kepada Allah melalui wasilah-wasilah tarbiyah yang bersesuaian dengan berkonsepkan Hospital Mesra Ibadah (HMI).

Aplikasi konsep HMI ini bertujuan untuk:
• Memberikan rawatan yang selesa dan mesra kepada pesakit.
• Fasiliti hospital yang lengkap dengan memudahkan proses pesakit menunaikan ibadah.
• Memberi motivasi dan dorongan rohani ketika menghadapi penyakit.
• Kehadiran ustaz dan ustazah dalam membantu pesakit beribadah.
• Membimbing dan membantu pesakit mengerjakan ibadah ketika sakit.

Bertunjangkan kerja sebagai ibadah, setiap warga HIAZ bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan ikhlas dan amanah untuk mencerminkan ciri perkhidmatan Islam yang hebat.
Mesra, professional dan patuh syariah adalah penekanan penting kepada setiap petugas. Bacaan doa harian dan tazkirah sebelum memulakan pekerjaan sentiasa menjadi amalan harian selain kursus dan latihan mesra ibadah serta Usrah Umum Mingguan sebagai salah satu program bagi melahirkan para petugas yang bukan sahaja baik Islamnya, malah prihatin terhadap kepentingan masyarakat.

Apabila seseorang ditimpa musibah seperti penyakit dan ujian, bukan sahaja fizikalnya menjadi lemah dan sakit, bahkan emosinya akan turut terjejas. Kami meyakini, proses kesembuhan yang sempurna memerlukan rawatan bersifat holistik. Justeru, pesakit bukan sahaja diberi rawatan dan ubatan hospital, tetapi juga rawatan berbentuk kerohanian.

Pesakit akan diziarahi, didoakan sebelum menjalani apa-apa prosedur, semasa dalam proses penyembuhan dan sebelum pulang ke rumah serta diberi nasihat keagamaan sekiranya perlu selain diberi galakan dan motivasi. Penggantungan kepada Allah dalam proses penyembuhan menjadi keutamaan bagi setiap prosedur yang dilakuka

Cartsini | Virtual Biz

CONTACT US
Phone
03-4265 0922
Email
support@digitaldagang.com



D-0-7, Setiawangsa Business Suite,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur