Virtual Showroom Virtual Office
Institut Memandu Ngu Chung Beng & Sons Sdn Bhd
Lot 2845,Block 11, Seduan Land District,Jalan Tunku Abdul Rahman,96000,Sibu,Sarawakhttp://www.
084-34 5299
im@ncbs.com.my
NB Group telah berusaha dalam industri automobil sejak tahun 1970an. Dengan sejarah dan pengalaman selama 45 tahun, perniagaan ini telah berkeluasan ke seluruh Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Ini termasuklah industri pasaran motosikal dan kereta, alat-alat ganti, pengendalian lelong, servis, kenderaan perdagangan dan mesin-mesin berat. Untuk menyahut seruan kerajaan iaitu melahirkan pemandu berhemat yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersikap positif melalui pendidikan dan latihan, IMNCB dengan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JPJ dan bangganya kini mengusahakan tiga buah institut memandu. Ini termasuklah Institut Memandu N.B Motors Sdn Bhd di Kota Samarahan di bawah pimpinan Encik William Ngu Ung Wei yang mulaberoperasi pada akhir 2012, Institut Memandu Ngu Chung Beng & Sons Sdn Bhd.di Kapit yang dijangka akan beroperasi pada akhir tahun 2013 dan bersama Institut Memandu Ngu chung Beng & Sons Sdn Bhd di Sibu ini adalah di bawah pimpinan Encik Peter Ngu Ung Yong.
Institut-institut memandu ini berlokasi di atas tanah yang melebihi tujuh ekar untuk bukan sahaja memenuhi ketetapan minima lima ekar akan tetapi bersedia untuk perkembangan dan keperluan pada masa yang akan datang. Institut-institut ini mempunyai litar dan bangunan yang memenuhi ketetapan, dirancang rapi dan berperlengkapan sempurna. Alat-alat dan kenderaan yang kebanyakannya baru dan terjaga juga dibekalkan. Dengan kerjasama pengajar-pengajar yang berkualifikasi tinggi, berpengalaman serta berpengetahuan terkini, calon-calon boleh mendapatkan latihan dan ujian untuk semua jenis dan kelas lesen pengangkutan jalan yang terdapat di Malaysia. Ini termasuklah lesen motosikal berkeupayaan enjin yang tidak terhad, motokar, lori, vokasional dan sebagainya.
OBJEKTIF
Menyampaikan pengetahuan peraturan-peraturan lalulintas jalan raya kepada semua pengguna jalan raya khususnya bakal-bakal pemandu yang baru. • Melahirkan pemandu-pemandu yang berhemat dan beretika semasa menggunakan jalan raya. • Menanam nilai-nilai murni seperti mengenal erti kesabaran ke dalam diri bakal-bakal pemandu. • Melahirkan pemandu yang sentiasa bersedia dan bijak membuat keputusan semasa menghadapi kesukaran di jalan raya. Menyemai rasa tanggungjawab dalam diri bakal-bakal pemandu supaya kadar kemalangan yang berpunca dari sikap para pemandu dapat dikurangkan.