Card image cap
Virtual Showroom Virtual Office

Kelab Pidato Perdana Antarabangsa

No. 6-3, Jalan PJS 8/4,Sunway Mentari,46000,Petaling Jaya,Selangor
http:/www. kepentas.com
+60 11-1290 7446
idris.mohamad72@gmail.com

Kelab Pidato Perdana Antarabangsa (KEPENTAS) ditubuhkan pada tahun 2009 untuk membantu rakyat Malaysia dan warga Nusantara mempertingkat kemahiran menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu (termasuk Bahasa Indonesia).

Misi KEPENTAS yang pertama ialah menyediakan wadah latihan berterusan dalam Pengucapan Awam di bandar-bandar utama di seluruh pelosok Malaysia dan Nusantara. Setakat ini kami telah menubuhkan 30 cawangan di 4 negara. Setiap cawangan KEPENTAS mengadakan pertemuan sebanyak 2 kali sebulan di mana peserta (ahli-ahli) dapat menjalani latihan Pengucapan Awam.

Visi KEPENTAS ialah bahawa satu hari nanti, sebahagian besar rakyat Malaysia dan warga Nusantara akan memiliki keyakinan dan kemahiran untuk berucap di khalayak ramai dalam bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia. 

Selaras dengan visi ini, misi KEPENTAS yang pertama ialah menyediakan wadah latihan berterusan dalam Pengucapan Awam di bandar-bandar utama di seluruh pelosok Malaysia dan Nusantara. Setakat ini kami telah menubuhkan 30 cawangan di 4 negara. Setiap cawangan KEPENTAS mengadakan pertemuan sebanyak 2 kali sebulan di mana peserta (ahli-ahli) dapat menjalani latihan Pengucapan Awam.

Misi KEPENTAS yang kedua ialah mewujudkan golongan Jurulatih (dari kalangan ahli KEPENTAS) yang mampu melatih peserta dalam ilmu Pengucapan Awam. Para Jurulatih ini dapat membimbing peserta di pertemuan lazim di semua cawangan KEPENTAS (secara sukarela). Mereka juga dapat mengendalikan program-program untuk awam dan organisasi sekali gus membantu lebih ramai orang untuk memperoleh kemahiran berucap di khalayak ramai.

Sehubungan dengan misi kedua ini, KEPENTAS akan menganjurkan program-program jangka pendek untuk awam dan menawarkan program-program yang sesuai untuk organisasi. Program-program ini akan dikendalikan oleh para Jurulatih di KEPENTAS. Ini dapat membantu mereka untuk memulakan atau melonjakkan kerjaya dalam bidang Pengucapan Awam.

Misi KEPENTAS yang ketiga ialah menjadi pemimpin pemikiran (thought leader) dalam bidang Pengucapan Awam bahasa Nusantara. Kami berhasrat untuk menghasilkan sumber-sumber rujukan yang segar dan mantap untuk manfaat ahli-ahli KEPENTAS dan awam. Ini dapat dicapai melalui perkongsian ilmu dan penggemblengan tenaga di seluruh rangkaian kami yang sudah menjangkau 4 negara.

Cartsini | Virtual Biz

CONTACT US
Phone
03-4265 0922
Email
support@digitaldagang.com



D-0-7, Setiawangsa Business Suite,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur