Card image cap
Virtual Showroom Virtual Office

Dongwha Malaysia Sdn. Bhd. (DMY)

Lot 833, Mukim Padang Meha, Padang Serai,Kulim, Kedah Darul Aman,Malaysia09400,,Kedah
http://www.
+604-402-2151
marketing_centre@dongwha.com

Dongwha Malaysia Sdn. Bhd. (DMY), sebelum ini dikenali sebagai Golden Hope Fibreboard Sdn. Bhd. adalah salah satu perintis awal industri MDF di Malaysia memulakan operasi pada tahun 1993. Dongwha Enterprise Company Limited, sebuah syarikat yang berdaftar di Korea, mengambil alih modal saham dan menubuhkan usaha sama dengan Golden Hope pada 2003. Mempunyai 3 kilang yang terletak di Nilai, Merbok dan Kulim, mereka melengkapkan Dongwha Malaysia (DMY) sebagai salah satu pelopor dalam industri pembuatan panel kayu di Malaysia. Kami membuat MDF (papan gentian berketumpatan sederhana) dan MFB (Papan Fiber Berlamina Melamin) dengan jumlah kapasiti masing-masing 400k㎥ dan 95k㎥.

Kilang di Nilai yang diambil alih dari Golden Hope pada Julai 2003 adalah tapak DMY yang pertama untuk operasi kami dan menjurus kepada pembuatan MDF dengan kapasiti produk tahunan 140k ㎥ setiap tahun. Pada bulan November 2006, DMY mengambil alih Merbok MDF, yang terletak di Kedah Darul Aman. Ia merupakan kilang yang serba lengkap dengan sistem press Siempelkamp Contiroll 2.44X23.5M dan Siempelkamp Contiroll 2.74X18M yang membolehkan DMY untuk mempunyai kapasiti tambahan 260,000㎥ (MDF) dan 100,000㎥ (MFB). Setahun kemudian pada Mei 2007, DMY mengambil alih Guthrie MDF yang terletak di Kulim, Kedah Darul Aman. Kilang ini adalah pakar dalam pengeluaran MDF dengan dilengkapi Metso (Kuster) Contipress 2.44X20.96M dan kapasiti tahunan adalah 150,000㎥.

Selain daripada mejurus kepada pembuatan MDF, Dongwha juga mengambil alih kilang resin Merbok MDF pada November 2006. Produk utamanya adalah formalin, resin & LPL (Laminasi Tekanan Rendah). Memahami kehendak pelanggan dan sentiasa satu langkah mendahului para pesaing kami dalam memenuhi keperluan pelanggan adalah penting dalam persekitaran bisnes yang berubah dengan pesat di samping kami mengutamakan kepuasan pelanggan dengan menjadi inovatif dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi.

Cartsini | Virtual Biz

CONTACT US
Phone
03-4265 0922
Email
support@digitaldagang.com



D-0-7, Setiawangsa Business Suite,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur