Card image cap
Virtual Showroom Virtual Office

Muaz Force Sdn. Bhd.

No 447-C Tingkat 1,Jalan Kamaruddin,Terengganu Darul Iman.20400,Kuala Terengganu,Terengganu
https://muazforce.com/
03-4032 2378
muazforce@gmail.com

Syarikat Muaz Force Sdn Bhd. telah diperbadankan pada 11 Februari 2009. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang menggabungkan dua orang pengarah iaitu Mohd Azrul bin Zakaria dan Datuk Ali bin Hanafiah.

Kemajuan dan kepesatan pembangunan negara kearah perindustrian dan teknologi tinggi di rantau ini banyak membantu wujudnya ‘downstream business’ yang berkaitan dengan pembuatan, kewangan dan perkhidmatan. Syarikat-syarikat ini memiliki aset yang tinggi nilainya, sekaligus memerlukan perlindungan kawalan dan insurans dengan bayaran perkhidmatannya berjumlah berjuta-juta ringgit.

Peredaran dan perkembangan ini telah membangkitkan kesedaran kepada pengusaha-pengusaha industri, industri kewangan, sektor pembinaan, dan individu bahawa keselamatan amat penting bagi mengawal dan melindungi kepentingan-kepentingan itu.

Permintaan kawalan ini semakin meningkat disebabkan kekukuhan dan pertumbuhan pesat ekonomi negara ekoran tindakan kerajaan membuat pengubahsuaian struktur korporat (corporate restructure) terhadap beberapa syarikat-syarikat besar yang berurusan dengan negara ini. Kini, kita merasai bahawa skop perkhidmatan kawalan semakin bertambah dan prospek terhadap perniagaan ini semakin cerah dan kukuh. Disamping permintaan terhadap perkhidmatan ini, kemajuan peralatan canggih yang berkaitan dengan keselamatan semakin bertambah diperkenalkan di pasaran kita. Kedua-dua perkhidmatan (kawalan fisikal dan elektronik) merupakan peluang perniagaan yang berpotensi dan berdaya maju (viable) untuk diceburi, bagi mencapai keuntungan yang optima. 

OBJEKTIF

  • Penubuhan syarikat ini berpandukan kepada objektif berikut :
  • Mewujudkan jawatan dengan harapan dapat memberi pekerjaan kepada pengganggur terutama sekali kepada bekas-bekas anggota Pasukan Keselamatan.
  • Membantu pihak Polis dalam mengurangkan jenayah harta benda.
  • Memberi perlindungan keselamatan terhadap harta benda dan diri.
  • Melatih dan memberi pengetahuan serta menanamkan semangat kesedaran terhadap keselamatan harta benda syarikat dan diri.
  • Membentuk dan melahirkan satu organisasi yang cekap, berdisiplin, komited dan mempunyai keterampilan yang dinamik.

VISI

MUAZ FORCE SDN. BHD. ingin menjadi salah satu Syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang kukuh dan berdaya saing di mana kepercayaan dan keperikemanusiaan menjadi perhatian utama kami. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang akan mengembangkan taraf syarikat ke kemuncak kejayaan. Konsep dan matlamat yang nyata dan jelas pihak syarikat ini, tetap unggul dan berdaya maju dalam menuju wawasan Negara

MISI

Sebagai sebuah Syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan, kami akan sentiasa memberi dan menambah mutu perkhidmatan memandangkan objektif utama kami adalah untuk memastikan harta benda dan diri berada dalam keadaan selamat. Menganalisa potensi, mewujudkan kemampuan syarikat.

SIJIL UNTUK MENJALANKAN AGENSI PERSENDIRIAN

SIJIL UNTUK MENJALANKAN URUSAN AGENSI PERSENDIRIAN

Cartsini | Virtual Biz

CONTACT US
Phone
03-4265 0922
Email
support@digitaldagang.com



D-0-7, Setiawangsa Business Suite,
Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur