Virtual Showroom Virtual Office
Dreamers Training Consultancy
Dreamers Learning Centre,7-1 Jalan Kebun Nenas 4A/KS8,41200,Klang,Selangorhttps://dreamerstrainingconsultancy.wordpress.com
018-3885425
dreamerstrainingconsultancy@gmail.com
Dreamers Training Consultancy adalah sebuah syarikat latihan dan konsultan yang berkemahiran dalam mengendalikan dan menguruskan aktiviti luar mahupun dalaman. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2016 dan berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia oleh pengasasnya, Saudara Wan Muhammad Shahidan bin Wan Azmi.
Kepimpinan, Kerohanian, Motivasi, Rekreasi, Keusahawanan dan Bakat, merupakan antara bidang utama dalam Dreamers Training Consultancy. Dreamers Training Consultancy berhasrat untuk melahirkan individu-invidu yang bermotivasi dalam segi mental dan produktif dalam aspek jasmani. Dreamers Training Consultancy juga mengfokuskan kecemerlangan rohani sebagai salah satu elemen penting bagi setiap individu.
Berslogankan POWER OF DREAM, Dreamers Training Consultancy percaya dan yakin bahawa Impian merupakan nadi utama bagi kejayaan seseorang.
Oleh itu, Dreamers Training Consultancy menyediakan pelbagai bentuk modul yang padat dengan aktiviti menarik dan berinformasi bagi melahirkan seseorang yang lebih berkeyakinan dan bermotivasi dalam memburu kejayaan masa hadapan.
Dengan adanya Dreamers Training Consultancy ini, segala impian yang diimpikan dapat dicapai dan dimanfaatkan untuk masyarakat.
Dreamers training consultancy mensasarkan modul-modul yg sedia ada kepada pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, Institut Pengajian Tinggi dan juga organisasi kerajaan mahupun bukan kerajaan di seluruh Malaysia.
Visi Kami
Melahirkan Modal Insan terunggul, cemerlang dan berkemahiran yang mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Misi Kami
Membina insan yang bermotivasi dalam memburu impian.
Mendidik dan membimbing masyarakat ke arah kejayaan duniawi dan ukhrawi.
Menghasilkan individu yang berkemahiran dan berpotensi dalam mengembangkan bakat yang sedia ada.
Falsafah Latihan
1. Impian adalah nadi utama sesebuah kejayaan.
2. Setiap individu mempunyai potensi/bakat diri yang perlu dicungkil dan diketengahkan yg mampu memberi manfaat kepada dirinya dan masyarakat.
3. Kuasa perubahan setiap individu bermula dengan cetusan dalam hati dan minda.