Virtual Showroom Virtual Office
Transfrom Training & Consultancy Sdn Bhd
No 11B, Jalan Medan PB2D,Seksyen 9,43650,Bandar Baru Bangi,Selangorhttps://transformjiwa.com
03-89267020
sales@transformjiwa.com
Transform Training merupakan institusi latihan yang menawarkan khidmat latihan dan perundingan bermutu dan berwibawa di negara ini.Matlamat dan misi kami adalah untuk membangunkan sumber manusia ke tahap yang lebih produktif dan berdaya maju. Transform ditubuhkan atas kesedaran bahawa semua golongan pekerja di Malaysia perlu menjalani latihan dalam perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam profesion atau bidang pekerjaan agar lebih mahir,cekap, bermotivasi dan bertanggungjawab serta dapat meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan organisasi.Usaha murni ini mampu dicapai melalui program latihan dan perundingan yang disusun secara sistematik. Bagi merealisasikannya, Transform mempunyai barisan penceramah dan perunding latihan yang terlatih,berkaliber dan berpengalaman dalam membentuk, melaksana dan menilai program-program latihan yang dilaksanakan untuk agensi-agensi kerajaan,swasta,institusi kewangan dan perbankan,badan-badan korporat,persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO),institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah di Malaysia.
VISI
Menjadi organisasi perundingan latihan yang menyumbang aktif ke arah kemajuan pembangunan modal insan secara holistik.
MISI
Menjadi organisasi perundingan latihan yang mampu berdaya saing dalam menjana kesejahteraan masyarakat yang berilmu, beriman dan beramal demi kejayaan di dunia dan di akhirat.
FALSAFAH LATIHAN
- Program – program latihan yang dibentuk adalah sesuai dengan keperluan peserta dan organisasi.
- Latihan yang dikendalikan memberi kesan – kesan positif dari segi efektif dan amalan.
- TRANSFORM akan memberikan latihan yang terbaik untuk merangsang perubahan individu secara menyeluruh (mental, fizikal, spiritual, emosi dan sosial).
- Hanya orang yang ‘BAIK’ dan ‘CEMERLANG’akan dapat melaksanakan setiap peranan dan tanggungjawab dengan cara terbaik.
- Program latihan akan dikendalikan oleh tenaga penggerak dan barisan perunding latihan yang terlatih dan berpengalaman.
- 75%-80% pemikiran manusia adalah negatif dan punca utamanya adalah hati yang kotor.Penekanan latihan ke arah penyucian minda dan hati untuk berubah menjadi ‘ORANG BARU’ yang lebih cemerlang , berkualiti, produktif dan berdaya saing.